Chanatip Songkrasin Luah Kekecewaan Beraksi Di Kawasaki Frontale
Asia
BG Pathum United
Advertisements

Bintang Thailand, Chanatip Songraksin mengakui keputusannya suatu ketika dahulu untuk menyertai pasukan gergasi Asia, Kawasaki Frontale mungkin satu kegagalan. 

Pemain tengah kebangsaan Thailand itu kecewa dengan dirinya kerana gagal mempamerkan aksi terbaiknya bersama kelab itu.

Walaubagaimanapun, pemain berusia 29 tahun itu tetap berbangga dengan dirinya yang mampu bertahan di J-League selama tujuh musim. Beliau percaya ia satu pencapaian yang luar biasa.

Advertisements

“Adakah ketika saya sertai Kawasaki Frontale satu kegagalan? Mungkin ya.

“Saya menyesal dengan diri saya sebab tidak mampu beraksi dengan baik.

Advertisements

“Tetapi, adakah 7 tahun saya di J-League juga satu kegagalan? Tidak sama sekali. Tiada apa lagi yang mahu dibuktikan disana.

Chanatip Songkrasin merupakan  pemain Thailand yang berjaya berjaya menembusi pasaran J-League pada musim 2017/2018 dengan menyertai H. C. Sapporo.

Advertisements

Kemudianya, beliau memecah rekod sebagai pemain termahal Thailand menyertai pasukan gergasi J-League, Kawasaki Frontale pada musim 2021/2022. 

Bekas pemain Muangthong United itu akui bukan satu perkara yang mudah untuk terus kekal di Liga Jepun. Pelbagai cabaran yang dihadapinya yang ramai tidak memahaminya. 

Advertisements

“Saya seorang pemain bola sepak profesional, orang ingat tinggal di Jepun perkara yang senang. Dibayar gaji, berlatih.

“Bukan senang untuk menjadi Chanatip. 

“Saya membawa banyak membawa harapan orang Thai / Jepun, saya tidak boleh melakukannya di sini dan saya tidak bermain yang terbaik. 

“Namun, saya tidak pernah menyesal datang ke sini. Maaf saya tidak dapat membantu pasukan. Saya telah berada di Jepun selama 7 tahun. Saya mahu pulang sekarang,” katanya di Youtube BG Pathum United.

Kini, Messi Thailand ini kembali semula ke Liga Thailand sertai BG Pathum United selepas 7 musim berkelana di luar negara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram