Chelsea ‘Borong’ Penjaga Gol Ke-8 Dari Belgium
MakanBola
Chelsea FC
Sponsors

Chelsea terus berbelanja dalam tetingkap perpindahan musim panas 2024/25 dengan mendapatkan penjaga gol muda Belgium, Mike Penders.

Penders menyertai kelab itu dari KRC Genk dengan yuran perpindahan dipercayai mencecah £17 juta (RM97 juta). Ini menjadikan penjaga gol berusia 19 tahun itu penjaga gol kelapan yang dimiliki The Blues dalam senarai pemain pasukan itu.

Ad

“Chelsea telah mencapai persetujuan untuk menandatangani Mike Penders dari KRC Genk,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Ad

Selain Penders, The Blues turut memiliki Robert Sanchez, Djordje Petrovic, Kepa Arrizabalaga, Filip Jorgensen, Marcus Bettinelli, Lucas Bergstrom dan Gabriel Slonina.

Penjaga gol Belgium itu sepatutnya menyertai Chelsea dalam tetingkap ini sebelum dipinjamkan kembali kepada Genk. Walau bagaimanapun, The Blues memilih untuk membawa Penders dalam tetingkap perpindahan musim panas 2025/26.

Ad

Ini kerana dengan langkah tersebut, ini membolehkan Chelsea mematuhi kuota pinjaman antarabangsa yang ditetapkan FIFA. Setiap kelab bola sepak hanya dibenarkan meminjamkan enam pemain kepada kelab asing.

Ad

Penders mula mencuri perhatian di Belgium apabila menjadi penjaga gol ketiga termuda merekodkan penampilan dalam saingan Belgium Pro League. Penjaga gol Belgium itu menandatangani kontrak jangka panjang selama tujuh tahun di Stamford Bridge.

Ad

Dengan beberapa hari saja lagi tetingkap perpindahan musim panas bakal ditutup, Chelsea berusaha memindahkan semua pemain yang tidak diperlukan oleh jurulatih, Enzo Maresca. Ini termasuk bahagian penjaga gol.

Kepa memeterai perpindahan pinjaman semusim dengan Bournemouth. Ini sekaligus menyatukan beliau dengan pengurus The Cherries dan bekas rakan sepasukannya di Athletic Bilbao, Andoni Iraola.

Sementara Slonina kini mengharungi tempoh pinjaman semusim dengan kelab League One, Barnsley.