Chelsea Buru Pemain Kelab Picisan Itali
MakanBola
@Torinofc1906
Sponsors

Pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea kini sedang memburu khidmat pemain kelab Itali yang berada di tangga ke-9 Liga Serie A.

Kelab tersebut ialah Torino yabg berpangkalan di Turin, Piedmont. Beliau bernama Alessandro Buongiorno yang beraksi di posisi pertahanan tengah. 

Ad
Sponsors

Pemain berusia 24 tahun itu telah beraksi bersama skuad utama Italy tahun ini. Beliau dikenali sebagai pemain pertahanan yang versatile.

Memetik laporan Sun Sport, terdapat beberapa kelab besar turut berminat mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Italy ini. Antaranya ialah As Roma, Juventus and Inter Milan. 

Ad

Baru-baru ini, Torina menerima tawaran sebanyak $21.5 Juta namun ditolak serta merta kerana difahamkan mahu melihat tawaran rasmi dari kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea. 

Ad

Jumlah yang dimahukan oleh kelab Torino ialah sebanyak $35 Juta. Kemungkinan besar Chelsea antara kelab yang mempunyai potensi besar untuk mendapatkan pemain muda ini.

Ad

Walaubagaimanapun, pemain pertahanan tengah itu masih mempunya baki kontrak beraama Torino sehingga 2028. 

Untuk rekod, beliau kini telah beraksi 13 perlawanan daripada 16 aksi dalam saingan Liga Italy Serie A musim ini.

Pemain berusia 24 tahun juga merupakan nadi pertahanan skuad utam Azzurri di bawah kendalian Luciano Spalletti.