Chelsea Calar Ego Juara EPL, Liverpool
MakanBola
Premier League
Sponsors

Pertembungan tumpuan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad menyaksikan Chelsea berjaya mengatasi Liverpool di Stamford Bridge dalam aksi penuh mendebarkan.

Liverpool yang mengesahkan kejuaraan minggu lalu hadir ke kota London untuk berdepan Chelsea yang ketika ini sedang bersaing hebat memburu tempat dalam kelompok 4 pasukan teratas EPL.

Ad
Sponsors

Barisan terkuat tetap jadi pilihan Liverpool meskipun sudah bergelar juara dengan Mo Salah dan Diogo Jota mengetuai serangan tatkala Chelsea harapkan bisa Cole Palmer untuk cipta jaringan.

Ad

Gol awal berjaya dicipta oleh Chelsea hasil penyudah kapten pasukan, Enzo Fernandez yang menerima hantaran daripada Pedro Neto sebelum menewaskan Alisson Becker pada minit ke-3.

Ad

Seakan tersentak, Liverpool berusaha merencana serangan dengan gerakan yang dilancarkan oleh Mo Salah dan Curtis Jones namun bek The Blues yang dipimpin Marc Cucurella tetap ampuh.

Ad

Tuan rumah sekali lagi ceria apabila Noni Madueke berjaya membolosi gawang Liverpool pada minit ke-27 akan tetapi jaringan itu dibatalkan kerana kedudukan Nicolas Jackson yang ofsaid.

Ad

Aksi di babak pertama tamat, Chelsea 1-0 Liverpool.

10 minit bersambung babak kedua, Chelsea memperoleh gol kedua hasil kesilapan bek Liverpool, Virgil van Dijk yang ingin mengeluarkan bola namun tertampan Jarell Quansah hingga memasuki gawang.

Asakan pelawat turut memberi ancaman kepada penjaga gol Chelsea, Robert Sanchez, malangnya tandukan oleh Darwin Nunez dan Mo Salah tak menepati sasaran melegakan kem tuan rumah.

Pada minit ke-85, Virgil van Dijk menebus kesilapan sebelum ini dengan menjaringkan gol pertama buat pasukan Liverpool hasil tandukan deras berpunca dari tendangan sudut Alexis Mac Allister.

Cole Palmer melengkapkan hari gemilang buat pasukan Chelsea dengan jaringan ke-3 setelah menyempurnakan sepakan penalti pada masa tambahan untuk beri 3 mata.

Perlawanan di Stamford Bridge berakhir dengan keputusan 3-1 memihak Chelsea yang juga kemenangan pertama The Blues ke atas Liverpool setelah gagal dalam 10 pertemuan sebelum ini.

Saingan EPL minggu hadapan bakal menyaksikan Liverpool akan melayani kunjungan Arsenal di Anfield tatkala Chelsea pula bakal berdepan pencabar kelompok atasan, Newcastle United.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments