Harimau Malaya

China Alami Krisis Hadapi Harimau Malaya

Bergson Harimau Malaya China Alami Krisis Hadapi Harimau Malaya
Malaysia NT
Advertisements

Pasukan kebangsaan China menghadapi krisis kira-kira berbaki sebulan menjelang pertemuan menentang Harimau Malaya.

Skuad kendalian Shao Jia Yi bakal melayan tentangan Malaysia bagi aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 pada November ini di Guangzhou.

Harimau Malaya bimbingan Tan Cheng Hoe berada pada momentum yang cukup luar biasa pada kempen Piala ASEAN FIFA 2026, selepas meraih Tempat Ketiga kejohanan.

Bukan itu sahaja, Malaysia menamatkan saingan dengan rekod cukup cemerlang, tidak tewas sebarang perlawanan dan juga tidak dibolosi sebarang jaringan.

China pula pada momentum sebaliknya – tewas kedua-dua perlawanan persahabatan yang diharungi pada Oktober, masing-masing menentang Palestine (5-0) dan juga Tajikistan dengan keputusan 1-0.

Situasi kem China memburuk selepas ketumpulan penyudah jelas menjadi masalah buat pasukan. Gandingan dua penyerang utama, Wang Ziming dan Wei Shihao termasuklah Qianglong Tao berdepan masalah ketumpulan di hadapan gawang.

Trio ini tidak menjaringkan sebarang jaringan bersama pasukan kebangsaan dalam tiga aksi terakhir, dan berada pada momentum buruk dalam saingan liga musim ini.

Wang, 30, tidak merekodkan sebarang jaringan dalam 21 penampilan bersama Chengdu Rongcheng bagi saingan Chinese Super League 2026 manakala Wei Shihao hanya meledak 9 gol dalam 25 aksi musim ini.

Qianglong pula meledak lima gol dalam 26 penampilan liga bersama Zheijang musim ini. Sebagai perbandingan, Bergson telah mencatatkan tujuh gol dan tiga bantuan jaringan dalam hanya enam penampilan di Liga Super 26-27.

Aksi antara China menentang Malaysia dijadual berlangsung pada 14 November jam 8.00 malam (waktu Malaysia) di Stadium Tianhe, Guangzhou, China.