China Dimalukan Jepun, 7-0
MakanBola
AFC Asian Cup
Sponsors

Aksi pertama Kumpulan C Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 hari ini membabitkan pertemuan antara pasukan Jepun dan China.

Menurunkan kesebelasan terbaik pasukan, Hajime Moriyasu mempertaruhkan Wataru Endo untuk memimpin pasukan Jepun.

Ad
Sponsors

Jepun terus mendahului China untuk babak pertama perlawanan dengan keputusan 2-0 hasil jaringan pembukaan Kaoru Mitoma sebelum Wataru Endo mencatat nama sebagai penjaring kedua perlawanan.

Ad

Bersambung aksi di separuh masa kedua, Jepun terus menekan China dengan pesta jaringan.

Ad

Bermula dengan dua jaringan Takumi Minamino pada minit ke-52 dan 58 sebelum jaringan pelengkap iaitu gol ketujuh Jepun menerusi Takefusa Kubo menutup cerita di Stadium Saitama dengan kemenangan besar dicatat pasukan Jepun.

Ad

Jepun mencatat tiga mata berharga dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan selepas mengatasi China dengan keputusan 7-0.

Skuad kendalian Hajime Moriyasu akan meneruskan kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 berdepan Bahrain pada Rabu, 11 September 2024 di Stadium Nasional Bahrain.