Advertisement
China Kalah Lagi, Tewas Kepada Jepun
Asia
MakanBola
afcasiancup

Pasukan China tewas kali keempat dalam aksi peringkat Kumpulan C, kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 selepas terpaksa akur kepada Jepun di laman sendiri.

Di separuh masa pertama, pasukan pelawat mendahului dua gol dihadapan bermula dengan jaringan pembukaan permainan pada minit ke-39 menerusi Koki Ogawa. Hantaran daripada Takefusa Kubo telah disambar Ogawa untuk jaringan pertama Jepun.

Selang lima minit selepas itu, Ko Itakura menambah duka pasukan China di babak pertama selepas pemain pertahanan itu menanduk masuk bola ke gawang China untuk jaringan kedua buat Jepun.

Pada babak kedua permainan, China bermula dengan baik untuk merapatkan kedudukan.

Lin Liangming menjaringkan gol pertama China selepas memanfaatkan hantaran Shihao Wei pada minit ke-48 permainan. Hasrat China untuk menyamakan kedudukan terus terpadam apabila Koki Ogawa sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring untuk gol ketiga pasukan Jepun.

Aksi di Stadium Xiamen tamat dengan keputusan 3-1, Jepun berjaya mencatat tiga mata berharga menewaskan China.

Dalam saingan peringkat Kumpulan C ketika ini, Jepun gah menghuni tangga pertama selepas meraih lima kemenangan daripada enam perlawanan.

China pula kini di kedudukan kelima dengan dua kemenangan dan empat kekalahan telah dicatat. Skuad kendalian Branko Ivanovic ini bakal berdepan Arab Saudi untuk aksi seterusnya pada tahun hadapan, 21 Mac 2025.