China Masters: Regu China Singkirkan Aaron Chia & Wooi Yik
UltraSukan
Sponsors

Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik hampa apabila tersingkir dari China Masters 2023 hari ini.

Ini selepas mereka terpaksa akur dengan kehandalan regu yang menduduki ranking ke-15 dunia dari China, He Jiting dan Ren Xiangyu pada aksi pusingan kedua.

Ad
Sponsors

Dari segi rekod pertemuan, kelebihan memihak kepada regu Malaysia kerana memenangi satu-satunya perlawanan menentang Jiting-Xiangyu sebelum ini.

Ad

Bagaimanapun, momentum memihak kepada regu China itu yang segar daripada kejayaan bergelar juara Japan Masters 2023 pada minggu lepas.

Ad

Set pertama menyaksikan pada awalnya, Jiting-Xiangyu mendahului seketika pada kedudukan 14-11. Begitupun, Aaron-Wooi Yik mula merapatkan jurang dan mengikat kedudukan 20-20.

Ad

Kedua-dua regu terus bersaing mendapatkan mata tetapi Jiting-Xiangyu berjaya meraih kemenangan dengan keputusan 27-25.

Ad

Persaingan sengit kedua-dua regu ini berterusan pada set kedua. Malah, pada satu ketika, Aaron-Wooi Yik hanya dipisahkan satu mata dengan Jiting-Xiangyu pada kedudukan 11-10.

Bagaimanapun, juara Terbuka Denmark 2023 itu mengungguli set kedua dengan keputusan 21-18. Ini memaksa perlawanan diheret ke rubber set.

Set ketiga menyaksikan kedua-dua regu mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk mendapatkan kemenangan. Pada satu ketika, kedua-duanya terikat 12-12.

Namun begitu, pada akhirnya, Jiting-Xiangyu berjaya mara ke suku akhir menerusi keputusan 21-17.

Mereka bakal turun menentang sama ada satu lagi regu China, Liu Yuchen-Ou Xuanyi atau wakil Malaysia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun di pentas suku akhir.