China Raih Tiga Mata Pertama, Kecewakan Indonesia
MakanBola
AFC
Sponsors

China berjaya merakamkan tiga mata berharga di laman sendiri selepas menundukkan Indonesia dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 malam ini.

Jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong membariskn nama-nama seperti Celvin Verdonk, Ivar Jenner, Witan Sulaeman dan juga Rafael Struick dalam kesebelasan utama.

Ad
Sponsors

Perlawanan bermula rancak apabila seawal 10 minit permainan pasukan pelawat lebih menguasai permainan. 

Ad

Selepas 20 minit permainan, pasukan tuan rumah, China berjaya membuka jaringan pertama menerusi penyerang, Baihelamu Abuduwaili selepas pergelutan di dalam kotak penalti. 

Satu minit sebelum tamat separuh masa pertama, China terus menjarakkan jumlah jaringan menerusi penyerang gandingan Abuduwaili iaitu Yuning Zhang menghadiahkan gol kedua.

Ad

Shin Tae-yong membuat tiga pertukaran serentak sejurus selepas aksi separuh masa kedua bermula, Witan Sulaeman, Meels Hilgers dan Shayne Pattynama dikeluarkan dan digantikan dengan Marselino Ferdinan, Rizky Ramadhani dan Thom Haye.

Ad

Kemasukan Thom Haye membuahkan hasil, pada minit ke-86 beliau berjaya menjaringan gol pertama Indonesia apabila rembatan derasnya berjaya menewaskan penjaga gol China, Dalei Wang.

Sembilan minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan, China raih tiga mata berharga di laman sendiri, 2-1 Indonesia.

Ketika ini, China kekal berada di tangga terakhir kumpulan C berkongsi mata bersama Indonesia di tangga ke-5 bagi saingan Kelayakan Piala Dunia 2026.