Advertisements
China Singkirkan Pemain Naturalisasi Dari Skuad Piala Asia
Asia
MakanBola
China PR

Piala Asia 2023 menyaksikan China bakal turun tanpa kelibat pemain-pemain naturalisasi mereka.

Ini berdasarkan senarai pemain yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak China (CFA) baru-baru ini.

Pemain naturalisasi seperti Elkesen sekali lagi disisihkan Aleksandar Jankovic untuk skuad kali ini selepas tidak dipilih untuk dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026.

Ini menunjukkan China mula memberi penekanan kepada pemain-pemain tempatan untuk menggalas cabaran negara itu di peringkat antarabangsa.

Sebelum ini, China aktif menggerakkan program naturalisasi bermula pada 2019 dengan tujuan memperkuatkan skuad kebangsaan mereka dan melayakkan mereka ke Piala Dunia.

Atas sebab itu, beberapa pemain yang lama beraksi di China terpilih untuk program tersebut seperti Elkesen, Aloisio dan Alan Carvalho.

Bagaimanapun, hasil program tersebut tidak mendatangkan hasil dengan China gagal layak ke Piala Dunia 2022.

Biarpun berjaya layak ke Piala Asia 2023, prestasi kurang memberangsangkan China sejak awal tahun ini merisaukan penyokong.

Lantas, ramai tertanya-tanya sama ada langkah Jankovic menyisihkan pemain-pemain naturalisasi China sebagai satu langkah yang tepat atau tidak.

China berharap dapat mengulangi kejayaan layak ke suku akhir Piala Asia seperti yang dilakukan pada edisi 2019.