China Umum Skuad Ampuh Berdepan Malaysia
MakanBola
China PR National Team
Sponsors

Pasukan China bakal turun dengan barisan terkuat menjelang dua siri Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Chengdu, China.

Seramai 24 pemain telah dipanggil pengendali pasukan, Aleksandar Jankovic ke kem latihan pusat yang bermula pada 2 September lalu.

Ad

Daripada senarai 24 pemain yang memperkuat kem kebangsaan China kali ini, 8 tonggak pasukan tersebut merupakan bintang daripada pasukan Shanghai Port.

Ad

Empat pemain terdiri daripada pasukan Wuhan Three Town, tiga pemain daripada Shandong Taishan dan Beijing Guo’an, dua pemain daripada pasukan Tianjin Jinmen Tigers dan seorang pemain daripada pasukan Chengdu Rongcheng, Dalian Pro, Henan dan Shanghai Shenhua.

Pemain tumpuan Shanghai Shenhua, Wu Xi kekal mendapat tempat dalam skuad kebangsaan bagi menggalas tugas mengemudi jentera tengah pasukan China. Sementara penyerang naturalisasi China, Ai Kesen pula semestinya akan ketuai barisan serangan China bersama peledak berbisa dari Shanghai Port, Wu Lei.

Ad

Skuad ampuh China ini bakal turun dalam aksi pertama berdepan Malaysia hari ini pada jam 7.35 malam. Aksi China menentang Malaysia dijadualkan berlangsung di Stadium Phoenix Hill, Chengdu China.

Ad

Selepas Malaysia, China bakal berentap menentang pasukan Syria pada 12 September kelak.

Ad