Ads
Chinese Taipei Tambah 3 Pemain Naturalisasi Saat Akhir Kekang Malaysia
Asia
AFC

Malaysia bakal berdepan cabaran bila menentang Chinese Taipei kerana pasukan itu bakal diperkuatkan tiga pemain naturalisasi.

Advertisements

Perkara ini dikongsikan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam kepada Nadi Arena selepas meninjau sesi latihan The Blue Wings hari ini.

Advertisements

Beliau memaklumkan dua pemain naturalisasi yang dibawa Chinese Taipei untuk perlawanan itu beraksi di bahagian serangan. Sementara seorang lagi pemain beraksi di bahagian pertahanan.

Advertisements
Advertisements

Walau bagaimanapun, identiti tiga pemain naturalisasi Chinese Taipei itu masih lagi tidak diketahui.

“Apa yang menarik untuk dikongsikan, mereka mempunyai tiga pemain naturalisasi iaitu dua pemain di bahagian serangan. Salah seorang (daripadanya) berasal dari Ivory Coast.

Advertisements

“(Pemain ini) yang saya jangkakan akan menjadi sandaran pasukan Chinese Taipei di bahagian serangan dan saya difahamkan beliau beraksi di bahagian sayap kanan. Dan mereka juga memiliki seorang pemain naturalisasi di bahagian pertahanan,” katanya.

Skuad negara perlu meraih kemenangan besar ke atas The Blue Wings dan mengharapkan Oman menewaskan Kyrgyzstan jika ingin mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.

Advertisements

Harimau Malaya bakal menentang Chinese Taipei di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram