Choi Moon-sik Menang Kes Saman Terhadap Kelantan
MakanBola
TRW Kelantan FC
Sponsors

Situasi Kelantan FC kelihatan makin rumit. Ini selepas bekas jurulatih mereka, Choi Moon-sik memenangi kes saman yang difailkan terhadap mereka di tribunal Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Perkara ini didedahkan oleh ejen Moon-sik, Leo Jeong menerusi satu perkongsian di Instagram Story beberapa jam lepas.

Ad
Sponsors
Instagram @leo jeong10 Choi Moon-sik Menang Kes Saman Terhadap Kelantan

Sebelum ini, Jeong sudah menyatakan hasrat untuk mengheret pengurusan Kijang ke FIFA pada April lepas. Ini bagi membolehkan kliennya itu menuntut hak yang didakwa dinafikan pasukan itu.

Ad

Situasi ini menambah lagi pelbagai masalah dalaman yang dihadapi pengurusan The Red Warriors (TRW) ketika ini.

Walau bagaimanapun, sedikit kelegaan buat pihak pengurusan TRW apabila sekatan perpindahan yang dikenakan ke atas mereka sebelum ini telah ditarik balik. Ini berdasarkan perkongsian pemilik pasukan, Norizam Tukiman atau Zamsaham di Facebook.

Ad