Advertising
Chonburi Berpisah Dengan Fergus Tierney Lebih Awal?
MakanBola
Chonburi FC

Tempoh penyerang muda Malaysia, Fergus Tierney bersama Chonburi FC dilaporkan sudah berakhir.

SNESports melaporkan pasukan yang diberi jolokan The Sharks memilih menamatkan kontrak pinjaman penyerang berusia 21 tahun itu.

Ad

Tierney yang tiba secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) telah merekodkan 13 penampilan, satu gol dan satu bantuan gol bersama Chonburi.

Ad

Meskipun beliau memberi sumbangan besar kepada kempen The Sharks, keputusan ini dilihat menjurus kepada perubahan strategi bagi menghadapi separuh kedua musim Thai League 2.

Tierney bukan satu-satunya pemain yang dilepaskan Chonburi. Chonburi turut dilaporkan melepaskan khidmat bek tengah England, Charlie Clough.

Ad

Clough yang tiba dari Port FC telah merekodkan 12 penampilan, satu gol dan satu bantuan gol buat The Sharks untuk musim 2024/25.

Ad

Tierney dijangka kembali melapor diri kepada JDT selepas tamat kempen ASEAN Championship 2024. Beliau menjadi sebahagian daripada pilihan Pau Marti Vicente di bahagian serangan Harimau Malaya.

Ad

Tidak diketahui sama ada Tierney bakal diintegrasikan semula dengan Harimau Selatan atau mencari peluang di tempat lain untuk lebih banyak aksi bersama skuad senior.