Christian Rontini Dedah Perbezaan Ketara Liga Malaysia & Indonesia
Asia Tenggara
MakanBola
Persita Official
Advertisements

Bekas pertahanan pasukan Kelantan FC, Christian Rontini berkongsikan pandangan beliau berkenaan perbezaan Liga Malaysia dan Indonesia.

Pemain kelahiran Filipina itu berkelana selama dua musim di Malaysia bersama Penang dan Kelantan sebelum membawa haluan ke kelab baharu.

Advertisements

Bercakap kepada MakanBola Indonesia, pertahanan berusia 23 tahun itu melihat ada perbezaan yang ditampilkan antara pasukan di Malaysia dan Indonesia.

Katanya, antara faktor terbesar ialah jurang yang ditampilkan oleh setiap pasukan adalah amat ketara di Malaysia berbanding Indonesia.

Advertisements

“Secara asasnya taraf setiap pasukan adalah amat berbeza. Di sini (Indonesia) lebih taratur.”

“Di Malaysia, saya lihat jurang terlalu besar antara pasukan ‘top 5’ dan pasukan bawahan, tetapi di Malaysia semua pasukan adalah sama,” katanya kepada MakanBola Indonesia.

Advertisements

Beliau yang kini beraksi bersama Persita Tangerang yakin setiap pasukan berpeluang cerah untuk menjuarai Liga 1 Indonesia berbanding di Malaysia.

Advertisements

Sebelum ini, beliau telah pun dinobatkan sebagai pertahanan terbaik mingguan selepas membantu pasukannya mencatat dua kemenangan awal.

News Comments Account