Christophe Gamel Beri Amaran Jangan Bandingkan JDT Dengan Sri Pahang
Dunia
Sri Pahang FC
Advertisements

Menjelang aksi hangat Liga Super malam ini, pengendali Sri Pahang FC, Christophe Gamel memberi amaran supaya jangan sesekali membandingkan pasukan kendaliannya dengan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Gamel menganggap JDT sudah berada jauh di hadapan selepas membuktikannya dengan menjuarai Liga Super lapan kali berturut-turut dan beraksi di pentas tertinggi Asia iaitu, Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Berlainan dengan pasukan Sri Pahang yang bergelut untuk kekal dalam saingan Liga Super musim lalu. Namun begitu, Gamel menganggap peluang masih ada buat Sri Pahang.

Advertisements

“Sebelum perlawanan bermula kita harus katakan peluang adalah 50-50, kita harap dapat terjemahkan satu perlawanan yang baik dan paling penting adalah penguasaan bola. Kita perlu turun dengan keyakinan dan meningkatkan permainan, ia adalah satu proses. 

“Tetapi sila ingat bahawa anda tidak boleh membandingkan sebuah pasukan yang telah muncul juara liga lapan kali dan bermain di ACL dengan sebuah pasukan yang terselamat daripada tersingkir musim lalu,” ujar Gamel kepada Media Sri Pahang.

Sri Pahang dijangkakan bakal menurunkan barisan pemain muda menentang JDT ekoran masalah kecederaan pemain utama pasukan dan juga masalah penggantungan yang menimpa Muslim Ahmad. Sri Pahang kini berada di tangga ke-8 Liga Super dengan memungut tujuh mata selepas tujuh perlawanan yang diharungi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram