Christophe Gamel Mampu Jadi ‘Ahli Silap Mata’ Di Australia
MakanBola
Sri Pahang FC
Sponsors

Bekas pengendali Sri Pahang FC, Christophe Gamel akhirnya menoktahkan perjalanan kariernya di Vietnam sebagai pembantu jurulatih kepada pengendali skuad kebangsaan Vietnam, Philippe Troussier.

Kini, Gamel berada di Australia dan menjadi pembantu jurulatih kepada pengendali Mcarthur, Mile Sterjovski. Mcarthur merupakan kelab bola sepak yang berpangkalan di Australia dan beraksi di dalam liga utama Australia.

Ad

Tugasan berat menanti Gamel di Mcartuhur memandangkan pasukan itu menamatkan saingan liga musim lalu di tangga tercorot. Pengalaman luas yang dimiliki Gamel sebagai jurulatih mampu menjadikan beliau ‘ahli silap mata’ untuk mengubah nasib pasukan Mcarthur ke kedudukan yang lebih baik musim ini.

Ad

Walaupun berada di tangga tercorot musim lalu, Mcarthur berjaya mencipta kejutan dengan berjaya merangkul Piala Australia pada tahun lalu.

Untuk rekod, Gamel pernah menjadi ketua jurulatih bagi skuad kebangsaan Fiji dan Sri Pahang FC. Selepas meninggalkan Sri Pahang pada 2022, beliau menjadi pembantu jurulatih kepada Philippe Troussier untuk dua bulan iaitu pada April sehingga Jun 2023 sebelum berhijrah ke Mcarthur.

Ad

Antara pemain ternama yang bakal menjadi anak didik Gamel di Mcarthur adalah bekas pemain kebangsaan Perancis, Valere Germain. Germain baru sahaja menyertai Mcarthur pada Julai yang lalu. Bekas pemain AS Monaco itu dijangka akan menjadi penyerang utama Mcarthur musim ini.

Ad