Liga Super
KL City
Advertisements

Pemain import Kuching City FC, Yuki Tanigawa mendapat dua hadiah paling bermakna dalam tempoh terdekat.

Advertisements

Hadiah pertama adalah pemain kelahiran Jepun ini telah melangsungkan perkahwinan dengan wanita Sarawak yang difahamkan berlangsung minggu lalu.

Manakala hadiah kedua yang diterima adalah kontrak beliau bersama Kuching City dilanjutkan untuk tempoh dua tahun lagi yang menyaksikan beliau kekal di kelab tersebut sehingga 2025.

Advertisements

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam melalui satu ciapan di laman X.

Dengan lanjutan kontrak sehingga 2025, Yuki Tanigawa turut berpeluang untuk menjadi pemain naturalisasi negara seterusnya memandangkan beliau sudah beraksi di Malaysia untuk tahun ketiga tahun ini.

Advertisements

Untuk rekod, Tanigawa hadir ke kancah bola sepak Malaysia pada Januari 2020 dengan menyertai Kuching City. Musim 2021 menyaksikan beliau berhijrah ke Kelantan United.

Jodohnya bersama Kelantan United tidak kekal lama apabila beliau membuat keputusan untuk kembali ke Kuching City bagi menghadapi musim 2022 dan seterusnya 2023.

Untuk musim ini, Tanigawa telah diturunkan dalam 33 perlawanan untuk Kuching City dan berjaya meledak dua gol.

Mampu beraksi di posisi pertahanan tengah dan pemain tengah bertahan. jelas sekali pemain berusia 26 tahun ini merupakan pemain yang versatil.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram