Cole Palmer Cipta Sejarah Baru EPL
MakanBola
Chelsea
Sponsors

Bintang Chelsea, Cole Palmer mencipta sejarah baru dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini. 

Cole Palmer muncul pemain pertama yang menjaringkan empat gol dalam separuh masa pertama ketika membantu Chelsea menewaskan Brighton malam tadi. 

Ad

Pemain berusia 22 tahun ini meledak empat gol dalam masa 20 minit dan tiga gol dalam 10 minit. Beliau menjaringkan gol pada minit ke-21, 28, 31 dan 41.

Ad

Palmer juga menjadi pemain keempat Chelsea yang berjaya mencipta hatrik dalam 3 perlawanan EPL. Beliau sebaris legenda Chelsea iaitu Frank Lampard, Didier Drogba dan Jimmy Floyd Hasselbaink.

Ad

Kali terakhir pemain kelahiran England ini menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan adalah ketika menentang Everton pada musim lepas. 

Ad

Untuk rekod, Cole Palmer ketika ini sudah menjaringkan enam gol dan empat bantuan jaringan dalam enam perlawanan musim baharu ini.

Ad