Setiap pasukan dan kelab bola sepak di negara kita pasti buntu untuk memikirkan soal pembayaran penuh gaji terhadap para pemain dan staff pada saat ini.Malah terdapat berita yang menyatakan bahawa kebanyakan pemain di Liga Malaysia tidak sudi untuk dipotong gaji walaupun liga terhenti akibat wabak Covid-19.
Namun,lain pula dengan kelab Johor Darul Takzim di mana semua pemain termasuk pegawai sukan bersetuju untuk menerima potongan gaji sehingga 33%.Mereka juga bersetuju untuk mendermakan sebahagian gaji mereka kepada Tabung Bencana Negeri Johor bertujuan untuk membantu menangani situasi semasa berkaitan penularan wabak Covid-19.
Menerusi kenyataan di Facebook rasmi kelab,para pemain dikatakan memahami situasi semasa kelab dan samggup untuk bertolak ansur dalam menghadapi situasi genting ini.
“Pengorbanan mestilah dilakukan demi meringankan beban kelab berikutan situasi terkini yang menyebabkan penangguhan liga sejak daripada 16 Mac yang lalu di samping membantu orang yang lebih memerlukan akibat wabak ini.”Memetik kenyataan tersebut.
Tindakan barisan pemain dan pegawai pasukan yang mendapat gelaran “Harimau Selatan” ini mendapat perhatian Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apabila menjadi satu-satunya pasukan di Liga Malaysia yang berjaya mencapai solusi dan persetujuan di antara kelab,pemain dan pegawai pasukan.
Menerusi kenyataan Stuart Ramalingam,sebelum ini FAM bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menasihati serta menggalakkan agar semua pasukan dan kelab dan pasukan mengadakan perbincangan terbuka seterusnya mencapai satu persetujuan bersama seperti yang dilakukan JDT.
“FAM berharap agar pengurusan kelab serta para pemain dapat mengadakan perbincangan terbuka supaya dapat mencapai jalan penyelesaian seperti yang dilakukan JDT.”
“Apa yang ditunjukkan oleh JDT ini adalah contoh pengurusan terbaik kelab dan professional dalam menangani permasalahan yang boleh dikatakan isu global.”