Putera Cristiano Ronaldo, Cristiano Jr membuktikan dirinya cukup berbisa di depan gol sama seperti bapanya.
Terbaru, pasukan Al-Nassr Bawah 15 Tahun (B-15) itu meraih kemenangan 2-1 ke atas Al-Ittihad baru-baru ini.
Omar Abdullah menyangka telah meraih gol kemenangan buat pasukan yang diberi jolokan Nadi Al-Watan itu pada minit ke-85.
Cristiano Jr menyumbat dua gol buat Al-Nassr pada minit ke-92 dan 97. Ini menyaksikan pemain berusia 14 tahun itu sudah meledakkan 56 gol dan 15 bantuan gol dalam 27 perlawanan Al-Nassr B-15.
Lebih menarik, Cristiano Jr sebelum ini berada dalam pasukan Al-Nassr B-13 dan meraih trofi pertamanya bersama pasukan itu.
Ramai peminat percaya sekiranya prestasi ini dapat dikekalkan, tidak mustahil putera Ronaldo itu mampu mengikut jejak bapanya sebagai peledak gol berbisa.