Hasrat penyerang sensasi Al-Nassr, Cristiano Ronaldo untuk membantu pasukannya mara ke pentas akhir King’s Cup of Champions tertangguh apabila ditundukkan Al-Wehda.
Bintang berusia 38 tahun itu sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengemudi jentera serangan pasukan selepas kehilangan khidmat ketua jurulatih, Rudi Garcia.
Beliau jelas bergelut untuk mempamerkan aksi sebenar tatkala pasukannya gagal mencipta peluang yang diharapkan.
Gol tunggal jaringan J.Beauguel pada minit ke-23 sudah cukup untuk meninggalkan luka buat pasukannya sungguhpun beraksi 10 orang menentang Al-Nassr.
Beberapa percubaan kapten pasukan Portugal ini gagal tepat ke sasaran sekaligus menyebabkan Al-Nassr bergelut dalam perlawanan ini.
Sebagai rekod, ini merupakan piala ketiga terlepas dari genggaman pasukan selepas tewas tersingkir dari Riyadh Super Cup dan Saudi Super Cup.