Penyerang berbisa Al-Nassr, Cristiano Ronaldo meminta agar keputusan yang diberikan kepada kepada pasukannya dibatalkan.
Pemain berusia 38 tahun itu mengetuai jentera serangan Al-Nassr ketika turun berdepan Persepolis bagi mengesahkan slot ke pusingan 16 terbaik.
Keputusan seri tanpa jaringan itu menyaksikan tuan rumah beraksi dengan 10 pemain seawal minit ke-17 selepas Ali Al-Oujami dilayangkan kad merah.
Pasukan Arab Saudi itu memiliki peluang terbaik untuk meletakkan pasukan di hadapan seawal minit ke-2.
Keadaan ini berpunca apabila kapten Portugal ini berada dalam situasi terbaik untuk menjaringkan gol namun beliau dibentes lembut oleh pemain lawan.
Sungguhpun pengadil perlawanan telah memberikan isyarat penalti, Ronaldo bingkas bangun dan berlari ke arah pengadil sambil memberi isyarat bahawa situasi itu bukan penalti.
Pengadil perlawanan akhirnya senada dengan Ronaldo dan membatalkan keputusan penalti tersebut.
Keputusan seri sudah memadai buat Al-Nassr untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.
Al-Nassr memimpin carta kumpulan dengan 13 mata selepas 5 aksi dan diikuti dengan Persepolis yang mengumpul 8 mata di tangga kedua.
Pautan penuh: Penalti Cristiano Ronaldo