Cristiano Ronaldo Ceburi Dunia Perfileman
MakanBola
Al-Nassr FC

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo mula mengorak langkah dalam dunia perfileman.

Variety melaporkan Ronaldo berkolaborasi dengan pengarah filem British terkenal, Matthew Vaughn untuk menubuhkan syarikat produksi UR•Marv.

Ad

UR•Marv ditubuhkan dengan tujuan menambah baik pembikinan filem dengan mengaplikasikan teknologi terkini tanpa melupakan tradisi yang ada.

Ad

Sejak syarikat tersebut ditubuhkan, syarikat sudah menyiapkan dua filem aksi yang tidak dinamakan. Ronaldo dan Vaughn membiayai proses penggambaran dan menjadi penerbit menerusi UR•Marv.

Selain itu, UR•Marv juga dalam proses membangunkan filem aksi ketiga. Ketiga-tiga filem studio berkenaan merupakan sebahagian daripada siri yang sama.

Ad

Meskipun begitu, UR•Marv belum mendedahkan nama filem sulung mereka. Maklumat tersebut dijangka dikongsikan kepada media dalam masa terdekat.

Ad

Ronaldo menyifatkan langkah bergelar penerbit dilihat peluang terbaik menceburi sektor perniagaan yang baru.

Ad

“Ini satu lagi babak yang mengujakan bagi saya, saya tak sabar meneroka peluang baru dalam perniagaan,” katanya.

Vaughn menyifatkan kolaborasi dengan legenda Manchester United itu bersifat menang-menang bagi kedua-dua pihak. Ini kerana ini membantu beliau menghasilkan lebih banyak filem bersifat inspirasi.

“Cristiano telah mencipta kisah-kisah di atas padang yang saya tak pernah hasilkan dan saya tak sabar untuk menghasilkan filem bersifat inspirasi bersama beliau – beliau superhero sebenar,” ujarnya.

Vaughn cukup dikenali menerusi francais filem Kingsman, Kick-Ass dan X-Men: First Class. Beliau juga berpengalaman menerbitkan filem pelbagai genre seperti Tetris, Snatch dan Eddie the Eagle.

Ini bukan kali pertama Ronaldo menceburi dunia media. Sebelum ini, beliau menjadi pelabur utama konglomerat media Portugal, Medialivre.

Beliau turut memiliki saluran YouTube, UR Cristiano di mana saluran itu kini memiliki 74.5 juta pengikut di plaform berkenaan.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments