Bintang sensasi Al-Nassr, Cristiano Ronaldo dihukum saat membantu pasukannya untuk mara ke pentas separuh akhir King Cup of Champions.
Pemain berusia 38 tahun itu turun sekali lagi untuk mengetuai cabaran pasukannya jelas bermula garang apabila memperoleh gol pembukaan seawal minit pertama menerusi Al-Najei pada minit pertama.
Anak didik Rudi Garcia terus cemerlang menambah gol kedua apabila Al-Khalibari menjaringkan gol pada minit ke-21.
Walau bagaimanapun, kapten pasukan kebangsaan Portugal itu dilihat tidak berpuas hati dengan tindakan pengadil menamatkan perlawanan babak pertama ketika Al-Nassr cuba melakukan serangan balas.
Beliau mengambil bola di kakinya lalu merembat dengan cukup kuat.
Tindakan Ronaldo dikesan oleh pengadil perlawanan dan memberikannya layangan kad kuning.
Al-Nassr tetap memperoleh kemenangan apabila M.Maran melengkapkan kemenangan bergaya pada minit ke-49 sungguhpun pasukan lawan memperoleh gol saguhati.
Mereka kini berjaya mara ke pentas separuh akhir dan akan bertemu Al-Wehda.