“Cristiano Ronaldo Kini Dilayan Berbeza” – Jurulatih Al-Nassr
Asia
Al-Nassr
Advertisements

Ketua jururlatih Al-Nassr, Rudi Garcia mengesahkan bahawa bintang sensasi pasukan, Cristiano Ronaldo kini menerima layanan berbeza di kelab.

Pengendali kelahiran Brazil itu berkata dalam satu temubual bahawa rakan sepasukan mula memberi layanan berbeza kepada pemain berusia 38 tahun itu setelah meledak 4 gol tempoh hari.

Beliau mengesan perkara ini kerana pernah mengingatkan para pemainnya agar tidak hanya berfokus kepada Ronaldo semata-mara di atas padang.

Advertisements

Kini, beliau dapat melihat momen keserasian itu mula terpancar dalam diri para pemainnya setakat ini.

Bercakap selepas kemenangan Khamis lalu, ketua jurulatih Al-Nassr itu berkata: “Ronaldo telah mencapai tahap keharmonian yang hebat dengan rakan sepasukannya. “

Advertisements

“Lama kelamaan, rakan sepasukannya menyedari apa yang dia mahukan dan bila dia akan menjaringkan gol. Saya fikir ia adalah sesuatu yang bagus, malam untuk Cristiano Ronaldo kerana dia menjaringkan empat gol,” jelasnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram