Cristiano Ronaldo: Antara Kisah Cinta Lama Dan Kasih Seorang Bapa
MakanBola
Instagram: @manchesterunited
Sponsors

Perpindahan Cristiano Ronaldo ke Manchester United akhirnya sah apabila pemain berusia 36 tahun itu sendiri telah mengakui bakal menyarung jersi pasukan itu pada musim ini

Bekas bintang Real Madrid ini melengkapkan perpindahan penuh dramatik pada saat akhir setelah beberapa spekulasi mengenai penyertaan beliau bersama jiran tetangga tidak menjadi kenyataan.

Ad

Ronaldo memilih untuk pulang berbakti kepada kelab yang telah membantu mencipta namanya sehingga berjaya menjadi ikon bola sepak moden ketika ini.

Ad

Beliau menerusi satu kenyataan di laman rasmi Instagramnya hari ini telah mengesahkan kepulangannya yang amat dinanti-nantikan oleh penyokong seluruh dunia.

“Setiap orang yang mengenali saya pastinya tahu mengenai cinta saya kepada Manchester United yang tidak pernah habis.”

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Manchester United (@manchesterunited)

Ad

“Waktu saya bersama kelab adalah sangat menakjubkan dan telah tertulis sebagai sebuah sejarah yang sangat hebat.”

Ad

Beliau turut mengakui tidak dapat menjelaskan betapa terujanya beliau untuk kembali ke Old Trafford.

Segala cerita suka dan duka telah tertulis dan perjalanan karier beliau yang sangat menakjubkan di sana kerana Manchester merupakan tempat bermulanya sebuah cerita agung dalam diri pemain bernama Cristiano Ronaldo.

Beliau juga berkongsi detik-detik manis ketika pertama kali beraksi di sana ketika berjaya mengecapi pelbagai jenis piala terutamanya memenangi balloon d ‘or buat kali pertama.

Kepulangan beliau ke kelab tersebut juga sebagai tanda menghargai seseorang yang menjadi ayah dalam karier beliau yang menjadi pembimbing dalam karier gemilangnya sepanjang 20 tahun dalam dunia bola sepak.

“Ini untuk kamu Sir Alex.”