Cristiano Ronaldo Mengamuk Diikat Pasukan Pertengahan Liga
Asia
@SkySportsNews
Advertisements

Bukan sekali Cristiano Ronaldo mengamuk di atas padang lebih-lebih jika pasukan yang diwakilinya tewas atau diikat oleh pasukan lawan. Dan itulah yang berlaku beberapa hari lepas selepas Al-Nassr diikat 0-0 dengan Al-Feiha.

Keputusan tersebut meletakkan Al-Nassr di tangga kedua dengan pendahulu liga Al-Ittihad mendahului dengan tiga mata. Ini selepas The Tigers menang ke atas Al-Wehda dalam perlawanan sebelumnya.

Justeru, tidak hairanlah mengapa Ronaldo merasa kecewa selepas tamat perlawanan. Bekas penyerang Manchester United itu bukan saja didapati bertelagah dengan beberapa pemain lawan.

Advertisements

Malah, Ronaldo juga percaya pasukan yang menduduki tangga ke-11 Saudi Pro League itu sengaja membuang masa bagi membolehkan mereka mendapat satu mata. Bekas pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali itu berkata kepada pemain Al-Feiha, Ali Al-Zaqaan sebelum meninggalkan padang, “Anda tidak mahu bermain.”

Ini bukan kali pertama Ronaldo meninggalkan padang dalam keadaan marah. Selepas tewas kepada Al-Ittihad pada Mac lepas, beliau menyepak botol air dalam keadaan marah sebelum meninggalkan padang tanpa bersalaman dengan pemain-pemain kelab tersebut.

Tetapi yang pasti, Ronaldo pasti akan menyalahkan dirinya kerana gagal menyempurnakan beberapa peluang bila menentang Al-Feiha. Dan ini sudah pasti merencatkan usaha mereka memburu kejuaraan Saudi Pro League dan memberi kelebihan kepada The Tigers.

Advertisements

Dengan perlawanan menentang Al-Hilal pada minggu hadapan, Ronaldo dan Al-Nassr berharap kemenangan dalam perlawanan tersebut mampu merapatkan jurang mereka dengan Al-Ittihad.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram