Eropah
Al-Nassr FC
Advertisements

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo terus mencipta rekod baru baik di dalam padang mahupun di luar padang.

Advertisements

Terbaru, beliau menjadi pemain bola sepak yang memiliki pengikut paling ramai di platform media sosial Instagram.

Semakan terbaru di akaun Ronaldo mendapati beliau kini memiliki 630 juta pengikut di platform berkenaan.

Advertisements

Bilangan ini jauh mengatasi pesaing terdekatnya, Lionel Messi. Legenda Argentina itu yang kini beraksi untuk Inter Miami memiliki 502 juta pengikut di Instagram.

Ronaldo menjadi ikutan ramai di media sosial terutama di Instagram bukan saja kerana kemahiran bola sepak dan pencapaiannya di atas padang.

Advertisements

Malah, legenda Manchester United itu turut dikenali kerana gemar berfesyen dan mengamalkan gaya kehidupan yang sihat dan aktif.

Disebabkan impak besar yang dibawanya baik di atas padang mahupun di luar padang, Ronaldo menerima pendapatan lumayan berjumlah AS$260 juta (RM1.2 bilion).

Advertisements

Kelibat Ronaldo dijangka ditagih Portugal untuk mengharungi kempen Kejohanan Bola Sepak Eropah UEFA (EURO) 2024 yang bakal berlangsung pada bulan hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram