Cristiano Ronaldo Pecah Rekod Lagi Di Arab Saudi
Asia
Getty Images
Advertisements

Nama Cristiano Ronaldo sekali lagi menjadi sebutan apabila berjaya memecahkan rekod bola sepak Arab Saudi.

Pemain kelahiran Portugal tersebut menjadi pemain pertama Al-Nassr yang memenangi Kasut Emas Piala Kelab Arab 2023 dengan jumlah jaringan 6 gol.

Rekod tersebut menyaksikan pemain berusia 38 tahun ini masih tajam di hadapan gawang gol dan sentiasa memberikan sepenuh tenaga buat kelabnya.

Advertisements

Piala Kelab Arab 2023 turut menjadi piala pertama Ronaldo bersama kelab Al-Nassr setelah kali terakhir beliau memenangi trofi adalah pada tahun 2021 sewaktu bersama Juventus.

2 jaringan penting Ronaldo dalam perlawanan akhir menentang Al-Hilal membantu pasukannya mendakap trofi pertama pada musim ini.

Advertisements

Al-Hilal yang turut dibintangi oleh pemain Eropah seperti Kalidou Koulibaly, Ruben Neves, Milinkovic-Savic dan Malcom gagal untuk menandingi keupayaan jentera serangan Al-Nassr.

Selain Ronaldo, Al-Nassr kini turut menampilkan Sadio Mane, Talisca dan Marcelo Brozovic di bahagian serangan kelab.

Advertisements

Ronaldo kini telah menjaringkan 6 gol dalam 6 penampilan bersama Al-Nassr bagi musim 2023/2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram