Cristiano Ronaldo Tapau Pemain Terbaik Liga Saudi
Asia
Al-Nassr FC
Advertisements

Selepas meledakkan lapan gol dan mencipta dua bantuan gol dalam Liga Pro Saudi baru-baru ini, Cristiano Ronaldo diiktiraf sebagai Pemain Terbaik Bulan Liga Pro Saudi untuk bulan Februari.

Pada awalnya, bergelut selepas berpindah ke Al-Nassr secara percuma, bekas penyerang Manchester United itu kembali bangkit. Pada bulan lepas, lapan golnya membantu Pahlawan Najd merekodkan tiga kemenangan dan satu seri.

Disebabkan itu, kelab berupaya untuk terus unggul dalam liga dan berpotensi menamatkan dominasi juara bertahan selama tiga musim, Al-Hilal. Ketika ini, Al-Nassr mendahului dengan 43 mata, dua mata di hadapan Al-Ittihad dengan Al-Hilal pula ketinggalan 11 mata.

Advertisements

Sentuhan peledak Ronaldo pastinya ditagih Al-Nassr lebih-lebih lagi selepas rakan gandingannya, Anderson Talisca mengalami kecederaan.

Selepas ini, Al-Nassr berpeluang melebarkan jurang mata terhadap dua pencabar mereka itu dengan mencatat kemenangan ke atas Al-Batin pada awal pagi Sabtu ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram