Cubaan BG Pathum Perdaya JDT Tak Berhasil
ACL
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pertemuan BG Pathum dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) menjadi sebuah aksi tumpuan Kumpulan I apabila melibatkan dua pasukan terkuat dari ASEAN.

BG Pathum selaku tuan rumah melayan kunjungan JDT di Stadium Pathum Thani malam ini.

Pada minit ke-30 permainan, sepakan penjuru yang diambil BG Pathum telah disegerakan. Beberapa pemain dan penonton yang hadir seakan terpaku dengan tindakan mengejut yang diatur pasukan tuan rumah.

Advertisements

Percaturan tersebut telah mengejutkan barisan pemain JDT yang sedikit terleka. Namun cubaan perdaya tersebut tidak berhasil apabila penyerang BG Pathum, Danilo Alves gagal memanfaatkan peluang tersebut.

Beliau berada dalam keadaan tidak bersedia sebelum sempat melepaskan satu percubaan. Percubaan import dari Brazil ini bagaimanapun sekadar melewati palang.

Advertisements

JDT kini mendahului BG Pathum United menerusi jaringan Arif Aiman dan Bergson da Silva. JDT miliki kelebihan satu jaringan selepas mendahului 2-1 di babak pertama perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram