Cubaan Individu Menyamar Jadi Luqman Hakim Terbongkar
MakanBola
LuqmanSham10

Penyerang Njardvik FC, Luqman Hakim Shamsudin memaklumkan bahawa ada individu yang telah menyamar menjadi dirinya.

Luqman Hakim mendedahkan perkara tersebut dalam satu ciapan di laman Twitter rasmi miliknya hari ini.

Pemain berusia 21 tahun itu memaklumkan bahawa individu tersebut telah menghubungi beberapa kenalan terdekatnya. Individu tersebut menggunakan email tiruan iaitu ‘luqmanshms10’.

Ad

“Ada orang guna nama saya untuk buat email ni dan menyamar jadi saya. Dia mesej kenalan terdekat.”

“Kalau ada yang dapat mesej daripada email ini, dia bukan saya. Harap maklum.”

Ad
Ad

Jika sesiapa sahaja ada dihubungi individu yang menyamar menjadi Luqman menerusi email ini, Luqman menegaskan agar mengendahkan mesej tersebut.

Ad

Dalam pada itu, anak jati kelahiran Kelantan itu bakal melakukan penampilan pertama bersama Njardvik malam ini. Beliau diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan, mengetuai jentera serangan Njardvik bertemu Augnablik.