Cubaan Pak Arab Sabotaj Cristiano Ronaldo Gagal
Asia
Al-Nassr
Advertisements

Bintang sensasi Al-Nassr, Cristiano Ronaldo hampir-hampir mengalami kecederaan sebelum aksi bermula apabila diserang oleh seorang penyokong yang masuk ke dalam kawasan stadium.

Pertemuan antara Al-Nassr menentang Al-Taawoun itu menyaksikan kapten pasukan kebangsaan Portugal itu memainkan peranan yang cukup penting untuk membantu pasukannya melakar kemenangan 2-1.

Namun begitu, sebelum perlawanan bermula, terdapat seorang penonton yang meluru ke dalam padang sebelum dia tergelincir dan hampir-hampir menjatuhkan Ronaldo.

Advertisements

Beliau bagaimanapun dapat menghidu kehadiran individu tersebut lalu mengelaknya.

Pemain berusia 38 tahun itu kini telah pun merekodkan lima jaringan dan dua bantuan gol sejak tiba daripada Manchester United pada jendela perpindahan lalu.

Impak bekas pemenang lima kali Balloon D’or itu terus ditagih ketua jurulatih, Rudi Garcia apabila mereka dijadualkan bertemu Damac hujung minggu ini.

Advertisements
https://twitter.com/aldawriu10/status/1626771836607295488?s=46&t=-l88G-nkklqyY-O7I2N6XQ

Ronaldo kini kula menunjukkan persefahaman yang cukup baik sungguhpun menerima pelbagai kritikan apabila memilih untuk meninggalkan Eropah untuk ke Asia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram