Cubaan Penjaga Gol Al-Batin Tipu Cristiano Ronaldo Hampir Memakan Diri
MakanBola
Al-Nassr
Sponsors

Tindakan berani penjaga gol Al-Batin yang meninggalkan gawang gol hampir memakan diri tatkala penyerang berbisa Al-Nassr, Cristiano Ronaldo nyaris memanfaatkan peluang tersebut.

Aksi yang melibatkan pertembungan antara Al-Nassr menentang Al-Batin menyaksikan anak didik Rudi Garcia mahu terus melebarkan kedudukan selaku pendahulu liga.

Ad

Sungguhpun mereka dikejutkan dengan jaringan awal, Al-Nassr tetap berjuang sehingga wisel penamat yang menyaksikan ‘ihsan’ pengadil yang memberikan tambahan masa 17 minit telah mengubah cerita perlawanan.

Ad

Jaringan Al-Ghareeb pada minit ke-93 menjadi punca kebangkitan mereka apabila meledak dua lagi jaringan menerusi Al-Fatil dan M. Maran masing-masing pada penghujung masa tambahan untuk membawa pulang tiga mata.

Namun begitu, kapten pasukan kebangsaan Portugal itu memiliki peluang keemasan apabila berjaya membuat larian melepasi perangkap ofsaid.

Ad

Beliau cuba dihalang oleh penjaga gol Al-Batin, Campana yang keluar untuk menghalang cubaan Ronaldo namun tindakannya melompat secara tiba-tiba hampir memakan diri pasukan.

Ad

Bekas bintang Real Madrid itu sempat melepaskan rembatan namun berjaya dikeluarkan oleh pertahanan Al-Batin yang berada dalam kawasan penalti.

Ad

Ketika ini, Ronaldo telah pun berjaya meledak 8 gol dan mencatat 2 bantuan gol sejak tiba dari Manchester United.