Advertising
Danial Amier Mahu Menikmati Semula Bola Sepak
MakanBola
Kuching City FC

Pemain tengah Kuching City FC, Danial Amier Norhisham mahu menikmati semula aksi bola sepak selepas dipinjamkan dari Johor Darul Ta’zim (JDT) musim ini.

Danial berkata, beliau kini fokus untuk mendapatkan momentum dan sentuhan agar dapat membantu Kuching City bersaing dengan baik di dalam saingan domestik.

Ad

Pemain berusia 27 tahun itu telah ditemubual oleh Astro Arena selepas aksi sulung Kuching City yang menentang Kuala Lumpur City FC pada Ahad.

Ad

“Saya tidak mahu meletakkan tekanan kepada diri sendiri. Cuma nak menikmati semula bola sepak. Cuba dapatkan balik sentuhan dan momentum supaya dapat kembali ke prestasi dahulu.

“Pernah beraksi dengan pasukan kebangsaan sebelum ini, itu merupakan sasaran juga (beraksi untuk skuad kebangsaan). Tapi buat masa ini, saya nak fokus bersama Kuching City, untuk tolong pasukan dan berikan yang terbaik buat Kuching City,” jelas Danial ketika ditemubual Astro Arena.

Ad

Pada aksi bertemu KL City tempoh hari, Danial beraksi dengan baik di bahagian tengah Kuching City yang mana menyaksikan perlawanan berakhir dengan keputusan terikat 1-1.

Ad

Danial beraksi penuh dalam perlawanan tersebut. Untuk rekod, kali terakhir Danial beraksi untuk skuad kebangsaan adalah pada tahun 2019 ketika Malaysia menang ke atas Sri Lanka dengan keputusan 6-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa.

Ad