Ads
Danial Amier Terima Pujian Melangit Safee Sali
Liga Super
KCFC/JST/FAM

Lagenda bola sepak negara, Safee Sali memuji impak luar biasa yang ditampilkan oleh perancang tengah Kuching City, Danial Amier.

Advertisements

Pemain berusia 27 tahun itu diletakkan dalam kesebelasan utama pasukan menentang Sri Pahang dengan perlawanan berkesudahan seri 2-2.

Advertisements

Semua mata tertumpu kepada persembahan yang ditampilkan oleh perancang tengah Kuching City, Danial
Amier yang rancak mengemudi jentera tengah.

Advertisements
Advertisements

Menerusi satu kenyataan oleh Nizaruddin Yusof, beliau bersetuju dengan pilihan Safee Sali bahawa bekas bintang Felda United itu merupakan pemain terbaik perlawanan.

Beliau jelaa mendominasi jentera tengah dan membentuk gandingan mantap bersama Diego Baggio dan Pedro Henrique.

Advertisements

“Saya rasa saya bersetuju juga dengan Safee. Mungkin dari segi kecergasan, tahap kecergasan Amier masih lagi kurang. Kita tahu dia sudah lama tak bermain.

“Akan tetapi, prestasi yang dia tampilkan hari ini sudah cukup untuk membuktikan dia boleh jadi lebih baik (untuk perlawanan) akan datang. Dia beri impak yang cukup besar (kepada Kuching City). 

Safee berpendapat bahawa perancang tengah berbakat ini sedang menikmati aksi terbaiknya pada musim ini sungguhpun tidak berada pada tahap kecergasan terbaik.

“Bagi saya, masih lagi Danial Amier. Ini kerana kita suka melihat sentuhan pertamanya dan ketenangannya. Dia kalau berada di kawasan sukar pun, dia boleh keluar. Dan dia masih cuba melorongkan bola ke bahagian serangan. Jadi, saya pun pilih Danial Amier.

“Sebab dalam perlawanan ini, dia yang lebih menonjol sedikit daripada pemain lain. Macam Azam Azih, separuh masa pertama kita tak nampak tapi separuh masa kedua baru nampak. Danial Amier beliau tetap konsisten,” jelasnya kepada Astro Arena.

Advertisements

Kuching City akan berdepan Sabah bagi aksi berikutnya di Stadium Likas, 25 Mei 2024 jam 8:15 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram