Daniel Ting: Itu Hanya Ucapan Terima Kasih Kepada KL City
Dunia
dan.s.ting
Advertisements

Pemain baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Daniel Ting menjelaskan status yang menjadi kontroversi dalam arena bola sepak Malaysia semalam.

Daniel berkata muat naik di laman instagramnya semalam merupakan ucapan penghargaan buat bekas majikannya Kuala Lumpur City FC (KL City). Umum mengetahui, Daniel merupakan pemain KL City musim lalu dan berjaya merangkul Piala Malaysia selepas menewaskan JDT 2-0 di pentas akhir.

“Untuk memperjelaskan mengenai muat naik pada semalam. Saya amat gembira berada di JDT. Sejak tibanya saya di sini, mereka pastikan keperluan saya lengkap dan melebihi daripada yang sepatutnya,” jelas beliau.

Advertisements

“Sistem latihan, sokongan dan fasiliti juga merupakan yang terbaik, dan saya berada di sini untuk bekerja keras dan berusaha membantu semampu saya.

“Muat naik semalam adalah ucapan terima kasih untuk musim lepas dan ucapan selamat tinggal kepada KL City. Sekarang saya adalah pemain JDT di mana fokus dan komitmen saya 100% hanyalah untuk JDT.” jelasnya lagi.

Selepas dibawa masuk ke JDT, beliau masih belum turun beraksi bersama skuad utama JDT namun begitu, beliau telah diturunkan bersama JDT II dalam perlawanan menentang Kelantan FC di mana mereka seri 1-1.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram