Daniel Ting & Saddil Ramdani Tamatkan Musim Lebih Awal
MakanBola
Sabah FC

Dua tonggak Sabah FC, Daniel Ting dan Saddil Ramdani terpaksa menamatkan musim 2024/25 lebih awal.

Ini selepas jurulatih Sang Badak, Martin Stano mendedahkan kedua-dua pemain itu perlu menjalani penggantungan dua perlawanan.

Ad

Ini bermakna Daniel dan Saddil bukan saja terlepas aksi menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada 12 April. Malah, mereka juga perlu melupakan aksi menentang Perak FC pada 20 April.

Ad

Selain Daniel dan Saddil, Sabah juga terpaksa menghadapi Kedah tanpa kelibat Jafri Firdaus Chew dan Park Tae-soo. Ini kerana kedua-dua pemain itu perlu menjalani penggantungan satu perlawanan.

“Selepas aksi menentang PDRM FC, kita ada (beberapa pemain) yang menjalani penggantungan,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Ad

“Sesetengah pemain terpaksa menamatkan musim (lebih awal) seperti Saddil Ramdani dan Daniel Ting. Mereka digantung untuk dua perlawanan kerana mengutip (enam) kad kuning.

Ad

“Jafri Chew dan Park Tae-soo, mereka perlu menjalani penggantungan satu perlawanan.”

Ad

Sabah berharap dapat meraih kemenangan ke atas Sang Kenari di Stadium Darul Aman pada 12 April. Ini kerana hanya kemenangan yang dapat menambah jurang mata dengan pencabar terdekat, Kuching City FC.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments