‘Danish FC’ Bawa Cabaran Malaysia B-17 Di Piala Asia
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan senarai nama 40 pemain ke kem latihan pusat fasa 1 skuad B-17 tahun kebangsaan. Pasukan di bawah kendalian Osmera Omaro ini telah memulakan latihan sejak semalam, 1 Februari hingga 12 Februari 2023.

Pasukan ini sebagai persiapan menjelang kejohanan Piala Asia B-17 2023 yang bakal dilangsungkan di Thailand. Yang menariknya, skuad kali ini tampil dengan beberapa pemain yang sama namanya iaitu Danish.

Ad

Daripada 40 pemain yang dipanngil, 26 pemain daripadanya merupakan pelatih di Akademi Mokhtar Dahari, 8 orang daripada Johor Darul Ta’zim IV, dan selebihnya masing-masing daripada kelab Skuad Projek FAM-MSN, Terengganu IV, Akademi Felda, SSN Pahang, SMK Chabang Empat Kelantan dan Melaka FC.

Ad

Pada Oktober 2022 lalu, skuad kendalian Osmera Omaro ini telah mengesahkan kemaraan ke pusingan akhir Piala Asia B-17 2023 selepas muncul juara Kumpulan B pada saingan kelayakan di Jakarta, Indonesia.

Ad

Malaysia ketika itu telah meraih tiga kemenangan bergaya mengatasi pasukan Palestin 4-0, UAE 3-2, Indonesia 5-1 dan mencatat satu keputusan seri iaitu berdepan Guam 1-1.

Ad