“Dapat Padang Percuma Tolak, Video Jual Jersi Beratus Ribu Boleh Bayar” -TMJ
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) menzahirkan pendapatnya tentang usaha kerajaan untuk menyediakan kualiti padang terbaik kepada industri bola sepak Malaysia.

Menerusi satu kenyataan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, beliau sudah pun berbincang dengan Exco Sukan setiap negeri bagi pelaksaan perkara tersebut.

Ad

“Saya ada memberikan cadangan penawaran geran padanan dan menawarkan untuk memilih satu stadium bola sepak yang mereka mahu naik taraf padang dengan rumput Zeon Zoysia.”

Ad

“Naik taraf padang dilakukan oleh KBS dengan pemberian kos penanaman rumput tetapi penyelenggaraan padang setiap bulan perlulah ditanggung oleh kerajaan negeri.”

Namun begitu, TMJ berasa dukacita kerana terdapat beberapa usaha murni ini tidak mendapat persetujuan sesetengah kelab untuk memiliki padang yang bertaraf baik sungguhpun kos penanaman akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Ad

“Apabila mendapat tahu bahawa masih ada beberapa pasukan yang tidak berminat dan tidak mahu mengeluarkan wang untuk penjagaan padang meskipun ianya adalah perkara yang penting.”

Ad

“Keadaan padang yang teruk ini juga adalah sebab mengapa negara jiran seperti Thailand, Vietnam dan lain-lain dapat menganjurkan kejohanan antarabangsa dan kita pula tidak.”

Ad

Malah, kos penyelenggaran padang ini juga masih lagi berada dalam kadar kemampuan kewangan setiap kelab yang sentiasa memperuntukkan bajet jutaan ringgit setiap tahun.

“Kos penyelenggaraan adalah sekitar RM240,000. Takkan sudah dapat padang percuma tetapi tidak boleh menampung kos penyelenggaraan walaupun menerima bajet tahunan bernilai jutaan Ringgit?” jelas Baginda.

5D96F9E3 36BF 4906 8E3E 38360EE7034E "Dapat Padang Percuma Tolak, Video Jual Jersi Beratus Ribu Boleh Bayar" -TMJ
IG: Hrhcrownprinceofjohor

Setakat ini, hanya Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi sahaja difahamkan dalam proses menaik taraf padang tatkala pasukan-pasukan lain masih tiada perkembangan lanjut.