Dari Lontaran Dion Cools, Cerezo Osaka Cetak Gol Berkelas Dunia
MakanBola
Cerezo Osaka

Nama Dion Cools kembali menjadi sebutan kelabnya, Cerezo Osaka.

Ini selepas lontaran ke dalam yang dibuat kapten Harimau Malaya itu membantu Cerezo menjaringkan gol dalam aksi terbaru J-League 1 Kumpulan Wilayah Barat menentang Sanfrecce Hiroshima.

Lontaran yang dibuat Cools pada awalnya cuba ditanduk keluar pertahanan Sanfrecce. Itu tidak menghalang Solomon Sakuragawa melakukan sepakan akrobatik yang menerjah gawang lawan.

Gol pada minit ke-95 itu tidak cukup menghalang Cerezo daripada meraih satu mata. Selepas mendahului menerusi gol Ryo Germain, Sanfrecce meraih kemenangan menerusi Shunki Higashi.

Video gol itu bukan saja dikongsikan akaun media sosial rasmi Cerezo. Malah, ia turut dikongsikan akaun Harimau Abroad.

Kemenangan ini sudah cukup untuk melonjakkan Sanfrecce ke tangga pertama J-League 1 Kumpulan Wilayah Barat dengan lapan mata.

Cerezo pula jatuh ke tangga keenam dengan empat mata. Selepas ini, Cools dan Cerezo mengalihkan fokus kepada V. Varen Nagasaki dengan perlawanan itu berlangsung pada 28 Februari.