Darren Lok Beri Khabar Gembira Dari Sabah
MakanBola
Sabah FC
Sponsors

Penyerang sensasi pasukan Sabah FC, Darren Lok memberikan khabar gembira selepas kembali beraksi menentang Sri Pahang.

Pemain berusia 32 tahun sudah disisihkan dalam beberapa perlawanan The Rhinos keraja mengalami kecederaan.

Ad

Bekas pemain PJ City ini kembali menemui sentuhan jaringan yang amat dirinduinya apabila meledak dua gol dalam perlawanan tersebut.

Ad

Malah, setiap gerakan pemain kelahiran England itu dilihat cukup ampuh untuk meranapkan benteng Tok Gajah sungguhpun anak didik Fandi Ahmad memiliki rekod pertahanan yang agak baik.

View this post on Instagram

A post shared by Malaysian Football League (@mfl_my)

Ad

Larian yang dibuat oleh Darren berjaya melepasi kawalan pertahanan lawan sebelum rembatannya melepasi Zarif Irfan.

Ad

Gol keduanya pula terhasil dengan cukup cantik apabila hantaran Irfan Fazail disudahkan dengan rembatan kencang untuk gol ketiga pasukan.

Ad

Kepulangan pemain bertubuh sasa ini mampu memberi nilai tambah kepada Sabah namun turut memberi impak yang positif kepads skuad kebangsaan.

Pada aksi persahabatan Jun lalu, khidmat beliau tidak dapat dipertaruhkan selepas mengalami kecederaan dan peranannya digalas oleh kapten KL City, Paulo Josue.

Sungguhpun Malaysia menjaringkan 14 gol dalam 2 perlawanan tersebut, kehadiran beliau masih ditagih tatkala ketua jurulatih, Kim Pan-gon sedang merangka strategi untuk membentuk skuad terbaik ke Piala Asia.

Sebagai rekod, bekas bintang JDT ini sudah meledak 6 gol setakat 17 perlawanan Liga Super dan membantu Sabah untuk berada pada kedudukan ke-5 setakat ini.