David Da Silva Sah Berhijrah Ke Persib Bandung
MakanBola
Davidasilva14
Sponsors

Bekas penyerang utama pasukan Terengganu FC, David Da Silva dikhabarkan tidak akan meneruskan aksinya bersama pasukan Pantai Timur itu setelah difahamkan beliau sudah pun menyertai pasukan dari negara seberang itu.

Pemain berusia 32 tahun itu cemerlang bersama pasukan kendalian Nafuzi Zain bagi memacu jentera serangan pasukan selain gandingan bersama dua pemain sayap lincah, Faiz Nasir dan juga Mohd Faisal Halim sering menjadi lawan yang sukar buat barisan pertahanan lawan.

Ad
Sponsors

Bukan itu sahaja, ketajaman bekas penyerang Persebaya itu sah menandatangani kontrak selama 2 tahun menerusi satu pengumuman rasmi oleh kelab tersebut hari ini.

Ad

Beliau yang sudah sememangnya dikenali dalam Liga 1 Indonesia membuat keputusan untuk kembali ke sana setelah Terengganu sah mempertaruhkan gandingan Kpah Sherman dan juga Jordan Mintah untuk mengetuai jentera serangan.

Da Silva telah menjaringkan 7 gol dan juga melakukan 1 bantuan gol sepanjang 15 perlawanan dalam Liga Super musim ini. Kehadiran beliau ke Persib juga didorong oleh rekod yang baik sepanjang beraksi di sana apabila menjaringkan 39 gol bersama Persebaya sebelum ini.

Ad

Beliau juga mendapat sambutan yang baik oleh para pemain bola sepak di sana selain rakan sepasukan juga amat mengalu-alukan kehadiran tonggak import Brazil ini ke dalam pasukan mereka. Da Silva dijangka bakal segera ke Bandung untuk melengkapkan proses perpindahannya.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by PERSIB (@persib)

Ad