David da Silva Tutup Mulut Pengrkitik, Sumbat Gol Buat Persib Melalui Tandukan Padu
MakanBola
Instagram Persib
Sponsors

Penyerang Persib Bandung yang juga merupakan bekas penyerang berbisa Terengganu FC, David da Silva akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan dalam mendapatkan jaringan pertamanya bersama Persib di Liga Indonesia.

Sebelum ini nama David da Silva disebut sebagai penyerang yang tumpul kerana belum mencetak gol untuk Persib walaupun selepas diturunkan dalam 4 perlawanan liga. Namun segalanya berubah apabila beliau diturunkan buat kali ke-5 dalam saingan Liga Indonesia menentang PSS Sleman.

Ad
Sponsors

Perlawanan menentang PSS Sleman yang kini menghuni tangga ke-13 liga pastinya akan dikenang oleh David da Silva sebagai permulaan yang baik dalam mengharungi baki saingan Liga Indonesia selepas beliau berjaya mencetak gol pertamanya dalam perlawanan ini.

Ad

David da Silva tidak mensia-siakan peluang pada minit ke- 25 apabila menerima hantaran yang baik dari penyerang muda Indonesia, Ezra Walian. Beliau menanduk tajam sekali gus menewaskan penjaga gol PSS Sleman, Miswar Saputra.

Gol David da Silva ini ternyata membantu kemenangan 2-1 Persib Bandung di gelanggang lawan sekali gus menutup mulut pengkritik yang mengkritik ketumpulan beliau sebelum ini.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by PERSIB (@persib)

Ad
Ad