Advertisements
David De Gea Bakal Kembali Ke EPL?
EPL
MakanBola
Manchester United

Bekas penjaga gol Manchester United, David De Gea dikhabarkan bakal kembali semula beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Menurut laporan daripada media antarabangsa, MailSport menyatakan David De Gea antara calon pilihan untuk menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh penjaga gol utama Newcastle United, Nick Pope.

Penjaga gol utama The Magpies mengalami kecederaan bahu yang memaksa beliau untuk berehat sekurang-kurangnya lima bulan atau lebih. Berkemungkinan besar terpaksa berehat sehingga habis musim kerana beliau dijangka memerlukan pembedahan.

Kecederaan yang dialaminya itu berlaku ketika perlawanan menentang Manchester United yang berkesudahan dengan kemenangan 1-0. 

Penjaga gol kelahiran Sepanyol itu ketika ini masih berstatus ejen bebas setelah meninggalkan kelab Manchester United sejak bulan Julai yang lalu.

Sebelum ini, penjaga gol berusia 33 tahun pernah menerima tawaran dari beberapa kelab yang beraksi di Liga Pro Arab Saudi. Antaranya ialah Al-Nassr dan Al-Ettifaq.

Untuk rekod, sepanjang karier de Gea, beliau beraksi untuk dua kelab sahaja iaitu Atletico Madrid sejak tahun 2009 sehingga 2011. Kemudianya, menyertai The Red Devils pada tahun 2011 sehingga 2023.