De Gea Jumpa Aksi Sebenar Selepas Tinggalkan Man Utd
MakanBola
ACF Fiorentina
Sponsors

Bekas penjaga gol Manchester United, David de Gea terus mempamerkan aksi mantap bersama kelab barunya, Fiorentina.

Terbaru, de Gea muncul wira dengan memastikan La Viola meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas kelab tercorot Serie A, Genoa.

Ad

Pemain sayap kiri, Robin Gosens muncul wira pelawat di Stadium Luigi Ferraris dengan meledakkan gol kemenangan pada separuh masa kedua.

Ad

Tersentak, Genoa berusaha menyamakan kedudukan menerusi Patrizio Masini tetapi rembatan derasnya berjaya ditepis penjaga gol berusia 33 tahun itu.

Kelincahan de Gea menafikan percubaan Mazini itu memukau ramai penyokong La Viola. Malah, akaun media sosial rasmi kelab itu menyifatkan gambar aksi menyelamat penjaga gol Sepanyol itu patut digantung di muzium seni terkenal di Florence, Galleria dell’Accademia di Firenze.

Ad

Selain Mazini, de Gea turut menafikan tandukan Johan Vasquez daripada menerjah jaring Fiorentina pada masa kecederaan. Keputusan ini menyaksikan La Viola kini di tangga keempat Serie A dengan 19 mata.

Ad

Ini membolehkan pasukan yang dibimbing Rafaelle Palladino itu memintas dua kelab gergasi Itali, Lazio dan Juventus.

Ad

Selepas menyertai Fiorentina pada Ogos 2024, de Gea sudah merekodkan sembilan penampilan dan tiga rekod tanpa bolos.

Sebelum ini, nama bekas penjaga gol Atletico Madrid itu menjadi sebutan apabila membantu Fiorentina menewaskan A.C Milan 2-1. Ini selepas de Gea menafikan dua penalti Rossoneri dalam aksi berkenaan.