De Paula Rantai Mulut Pengkritik Bantu Kemenangan Bergaya Malaysia
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Penyerang naturalisasi negara, Guilherme De Paula hari ini mempamerkan persembahan yang cukup memberangsangkan ketika memastikan kemenangan pertama bertemu Kemboja dalam aksi pembukaan hari ini.

Pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ini yang beraksi selaku pemain nombor 9 nyata memainkan peranan yang cukup baik ketika bergandingan dengan dua rakan sepasukan, Safawi Rasid dan juga Akhyar Rashid menjadi mimpi ngeri buat lawan yang jelas kelihatan gagal menyaingi kehebatan para pemain negara.

Ad
Sponsors

Persefahaman dan juga kematangan yang dimiliki penyerang kelahiran Brazil ini terserlah seawal minit pertama permainan apabila gerakannya sering mengkucar-kacirkan barisan pertahanan lawan.

Ad

Bukan itu sahaja, Paula juga memainkan peranan penting ketika membuka ruang buat rakan sepasukan termasuklah ketika hantaran yang dilakukan kepada Akhyar yang memberikan sepakan penalti kepada pasukan negara. Ia disempurnakan dengan cukup baik oleh Safawi untuk gol pertama negara.

Pada babak kedua, Paula terus konsisten menjadi aset utama buat skuad kendalian Tan Cheng Hoe apabila berjaya melakukan beberapa percubaan ke arah gawang gol Kemboja.

Ad

Namun begitu, beliau telah dikeluarkan pada separuh masa kedua untuk memberi ruang kepada Luqman Hakim Samsudin beraksi pada perlawanan ini.

Ad

Kemenangan selesa ini memastikan Malaysia tidak melepaskan peluang terbaik untuk memungut mata dalam usaha untuk layak sejauh mungkin dalam saingan kali ini.

Ad