De Roo Tegaskan FAM Perlu Berubah Demi Bola Sepak Negara
Harimau Malaya
Peter De Roo/Astro Arena
Advertisements

Sejak meninggalkan FAM pada 2020, nama bekas pengarah teknikal Peter De Roo sentiasa mencuri tumpuan pemerhati bola sepak tempatan. Ada saja komen pedas beliau yang bikin sesetengah pihak terasa. Bak kata pepatah, siapa makan cili, dia terasa pedasnya.

Selepas sebelum ini mempertahankan bekas jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe yang dikatakan punca kegagalan skuad negara pada Piala AFF, De Roo tidak teragak-agak menegur kelemahan pengurusan FAM. Ini kerana menurut bekas pengarah teknikal Pusat Kecemerlangan Persekutuan Bola Sepak Australia (FFA) itu, kelemahan organisasi itu yang menyumbang kepada kegagalan pasukan negara dalam kejohanan berkenaan.

Dalam temubualnya bersama Stadium Astro, De Roo berkata, “Jika setiap kesalahan diletakkan kepada jurulatih, mereka yang dilantik akan datang juga akan berdepan kegagalan.” Ini kerana pengganti Tan Cheng Hoe juga bakal berdepan isu sama sekiranya diberi tanggungjawab mengendali pasukan kebangsaan seperti campur tangan pihak tertentu. Campur tangan ‘tangan ghaib’ ini dilihat menjelaskan mengapa persediaan skuad negara serba tidak menjadi termasuk tidak dapat memilih beberapa pemain tonggak utama.

Advertisements

Sentimen De Roo ini turut dikongsi oleh beberapa orang figura bola sepak negara. Jurulatih legenda Kedah Mohd Azraai Khor Abdullah menegaskan mana-mana jurulatih yang dipilih FAM perlu diberi autonomi penuh bila menguruskan pasukan kebangsaan. Selagi masalah ini tidak diselesaikan, selagi itulah isu ini akan terus membelenggu pasukan negara.

Atas sebab ini juga, Bojan Hodak yang dicanang bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Cheng Hoe hanya menamakan syarat ini sahaja: jangan kacau kerja saya! Hodak yang sebelum ini menerajui pasukan bawah 19 tahun negara menyifatkan syarat tersebut sebagai munasabah. Ini kerana dengan autonomi yang diberi, beliau dapat memilih barisan pemain terbaik untuk mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

Dalam temubual yang sama, De Roo turut mendedahkan keputusan membawa masuk Guilherme de Paula dalam slot pemain naturalisasi bukan diputuskan olehnya. Malah, sejak dari awal lagi, beliau menolak usaha memanggilnya menyertai pasukan kebangsaan. Dengan prestasi buruk yang ditampilkan de Paula sejak menyarung jersi Harimau Malaya, ia dilihat mengesahkan sangkaannya selama ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram