Advertisements
Debut Jesse Lingard Di Liga Korea Ditimpa Malang
Asia
MakanBola
Jesse Lingard

Bekas pemain Manchester United, Jesse Lingard melakukan debut di Korea Selatan dengan langkah kiri setelah lebih 6 bulan bergelar ejen bebas.

Jesse Lingard menyarung jersi FC Seoul buat kali pertama sewaktu menentang Gwangju apabila masuk selaku pemain gantian pada minit ke-77 menggantikan Kim Gyeong-Min.

FC Seoul ketika itu ketinggalan 0-1 ditangan tuan rumah dan kemasukan Lingard adalah untuk mencari gol penyamaan.

Namun semuanya tidak berjalan lancar buat Lingard apabila beliau dilayangkan kad kuning dalam penampilan pertama beliau pada minit ke-94 selepas 15 minit bermain.

Bertambah malang, Gwangju kemudian berjaya meraih gol kedua menerusi jaringan Gabriel Tigrao sekali gus memuktamadkan kemenanga Gwangju ke atas FC Seoul dengan jaringan 2-0.

FC Seoul kini merekodkan kekalahan pertama dalam aksi pertama K League.

Jesse Lingard sebelum ini meraih perhatian media apabila memilih pasukan Asia sebagai destinasi seterusnya dalam karier bola sepak beliau.

Pemain kelahiran England itu memakai jersi bernombor 10 untuk pasukan FC Seoul dalam kancah K League musim ini.

Jesse Lingard yang kini berusia 32 tahun pernah menyarung jersi Manchester United, West Ham United dan Notttingham Forest sewaktu beraksi di Liga Perdana Inggeris.